"Perasmian Showroom Baharu ARVIA: Keunggulan Teknologi Bumiputera di Wisma ARVIA"
Pada 29 Ogos 2024, telah berlangsung majlis pembukaan besar showroom terbaharu ARVIA di Wisma ARVIA. Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ARVIA, Encik Ahmad Najib Bin Habeb, yang juga merupakan ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, DPMM Putrajaya. Turut hadir, YDP DPMM, En Mohd Dzahir Bin Jamudin sebagai tetamu terhormat serta ahli JKN Dato' Sri Zulkeflee Hazeh dan En. Mohd Al Iman Zakaria bagi memeriahkan lagi majlis yang penuh bermakna ini. Showroom baharu ini mempamerkan produk dan solusi teknologi seperti skrin pintar, papan digital interaktif, kiosk layan diri, dan sistem pusat kawalan LED. Pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi produk secara langsung dan merasai pengalaman teknologi canggih ARVIA. Acara ini juga menampilkan aktiviti menarik seperti sesi taklimat teknologi, pameran produk, simulasi golf, dan penyampaian cenderahati kepada anak yatim. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang menarik kepada para pengunjung, tetapi juga menunjukkan komitmen ARVIA dalam menyokong komuniti. ARVIA dimiliki oleh Israk Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat Bumiputera yang diiktiraf dengan Sijil ISO 9001 dan pelbagai anugerah seperti Most Trusted Brand, Best Brand Award The BrandLaureate, Malaysian Brand, dan penarafan 4 bintang oleh SME Corp. Pencapaian ini menjadi kebanggaan DPMM dan contoh kepada syarikat Bumiputera lain untuk mencapai kejayaan.Tahniah ARVIA. Semoga Terus Maju Jaya