DPMM Putrajaya

Butiran Berita

Butiran Berita ini memberikan maklumat terkini mengenai berita semasa, acara, kenyataan media dan inisiatif penting yang melibatkan DPMM Putrajaya.

"Acara Inspirasi: From Zero to Hero, Perjalanan Keusahawanan Bersama Dewan Muda DPMM Putrajaya"

Alhamdulillah, acara From Zero to Hero yang dianjurkan oleh Dewan Muda DPMM Putrajaya dan Business Synergy telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Ogos 2024 di Rekascape, Cyberjaya. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong, termasuk penceramah hebat kita, Azzim Zahid Azmi @ Meri, yang telah berkongsi kisah inspirasi perjalanan keusahawanan mereka. Turut hadir, Presiden DPMM, Encik Norsyahrin Hamidon, Pengerusi Dewan Muda Pusat, En Hisham, YDP DPMM Putrajaya, En Dzahir Jamudin, serta barisan JKN DPMM Putrajaya. Tak lupa Dewan Muda negeri Melaka, Perak, Kedah dan Kuala Lumpur yang sama-sama memeriahkan program. Siri Zero To Hero ini merupakan siri kedua yang dianjurkan oleh Dewan Muda DPMM Putrajaya, dan kami amat berbesar hati dengan sambutan yang diberikan. Dewan Muda DPMM Putrajaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Acara ini telah memberikan peluang kepada para peserta untuk belajar, berkongsi pengalaman, dan membina rangkaian dengan usahawan muda yang lain. Ia adalah platform yang sempurna untuk mereka yang ingin mengubah impian menjadi realiti, dan kami berharap agar semua yang hadir membawa pulang inspirasi dan motivasi untuk meneruskan perjalanan keusahawanan mereka.